Assalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera,
Sudah lama x mengarang blog yang makin suram ni.. hahaha, dgn kekangan masa dan kerja serta urusan keluarga yang saban hari semakin besar cabarannya ditambah musim COVID 19 yang memerlukan kerja kuat dan extra disamping menjaga keselamatan diri dan keluarga. Apepun syukur kepada yang MAHA AGUNG kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara and if pergi selamanya moga2 kita semua barada di dalam Keredhaan-NYA.
Tanpa membuang masa, saya ingin menulis sedikit coretan atau pandangan mengenai satu IMPAK yang ckup hebat yang melanda komuniti kententeraan kita, saya xtau rakyat jelata kita yang marhaen ambil kisah atau tidak, tp bagi ia adalah satu anjakan paradigma (paradigm shift) industri ketenteraan kita. Ini di mana industri pertahanan kita buat julung kalinya membuat kejutan dgn mempersembahkan 'HOMEGROWN' HMAV (High Mobility Armored Vehicle) 4x4 atau dikenaili sebagai 'HMAV 4X4.
Yang lebih mengejutkan bukanlah dari seperti yang kita ketahui dari DEFTECH (mengeluar ACV Adnan dan AV8 Gempita) tetapi dari syarikat swasta yang amatlah tidak dikenali sehingga sekarang dipanggil MILDEF International Technologies (mildef.com.my). Saya masih belum membuat 'study' psal MILDEF sepenuhnya tp daripada pelbagai sumber mengatakan sebelum syarikat tersebut di rebrand kepada MILDEF ia adalah salah satu syarikat vendor pertahanan yang menyelenggara dan baikpulih kenderaaan ATM.. mereka mempunyai pengalaman yang sgt luas melebihi 10 tahun. Dgn secara tidak langsung mereka sudah mempunyai 'know how' operasi dan mekanisma setiap jentera ATM. Ini menyebabkan mereka mendapat idea mencari solusi untuk pertahanan negara disamping mengurangkan kebergantungan kepada industri luar. Ia juga mencari penyelesaian bagi 'sparepart' tempatan dikala untuk membaikpulih kenderaan tentera memakan kos jutaan ringgit untuk dibaikpulih kerana mengambil 'sparepart' dari luar negara ditambah pihak makan atas angin lagi... hehehe
Dgn pembuatan tempatan diharap dpt mengurangkan kos2 operasi dgn pihak luar dan meningkatkan kemahiran industri tempatan. Bagi pandangan saya, kite byk mempunyai industri tempatan yang boleh menyediakan 'sparepart' untuk jentera ATM salah satunya ialah PROTON.. mereka mempunyai pengalaman luas dlm penghasilan enjin, transmisi dan mende berkaitan.. kenapa saya berkata demikian kerana kita boleh ambil contoh seperti syarikat2 luar seperti Mercedez, mereka bukan hanya menyediakan transmisi dan operasi utk kereta mewah tetapi untuk truck mercedez dan lain2 pertahanan. Syarikat Rolls Royce bukan sahaja untuk kereta mewah Rolls Royce, tetapi mereka menyediakan enjin untuk kapal terbang, enjin kapal perang dan sebagainya. Disitu kite boleh memberikan mandat kepada PROTON untuk mengorak tanggungjawab lebih besar dan lebih hebat. Kerajaan perlukan memainkan peranan tersebut dalam memasukkan plan ini dalam agenda pertahanan jangka masa panjang.
Berbalik kepada HMAV 4X4, pembuatannya adalah 70% tempatan iaitu kerangka dan struktur dan hanya 30% luar adalah transmisi kenderaan dgn kerjasama syarikat CATERPILLAR yang popular dgn mesin berat seperti traktor, backhore, excavator dan mcm2.. ini menjadikan MILDEF satu2nya kenderaan tempatan membuat HMAV 4x4 dari mula (from scratch) di mana syarikat gah DEFTECH sendiri pun semua bermula dgn bermula keluaran berlesen untuk ACV Adnan AV8 Gempita dari Turki dan Lipan Bara dari Chaiseri Thailand. AV4 yang pernah gembar gembur dlu pn mereka membeli blueprint dari syarikat luar samada Belgium/German.. Seharusnya kita patut berasa bangga dgn pengeluaran HMAV 4X4 yang hampir 100% keluaran tempatan.
Saya juga ingin menyanggah kenyataan setengah org bahawa HMAV 4x4 kita tiru HIZIR 4X4 Turkey.. KEPALA HI*ZIR KO....hahaha,.. HMAV 4X4 lebih 'matured' design die dari HIZIR 4x4 dan if benar tiru MILDEF dah awal2 keluar kenyataan collaborate or JV dgn mana2 company..Semua industri pertahanan hebat diluar sana semua tiru dari satu syarikat kepada yang lain.. cth Swiss Army pengeluar raifal SIG.. mereka mengambil mekanisma daripada AK47 buatan Kalashnikov termasuk juga FNC ( Fabrique Nationale Corporation) dari Belgium yang popular pembuatan raifal SCAR.. semua industri copy satu sama lain dan mereka memperbaiki dan memperkemaskan design asal kepada yang baru untuk lebih effisyen.Tiada apa yang salah.. ia adalah NORMAL!!! hahaha..
So saya berharap HMAV 4X4 akan diuji dan lulus semua ujian dan diterima dalam inventori ATM, saya boleh katakan saya 'mimpi basah' berangan HMAV 4X4 gagah perkasa menyusuri perhimpunan Merdeka negara kita nanti... hahaha.. malu i.. apepn saya harapkan selepas HMAV 4X4 lagi banyak product pertahanan keluar mewarnai industri pertahanan kita yang lebih berdikari.. Kerajaan memainkan peranan penting dalam merealisasikan agenda ini.. Sebelum saya mengundur diri.. saya persembahkan gambar2 HMAV4X4 dan sedikit video dari youtube untuk tontotan anda.. .ENJOY!! SALAM and ADIOS!!!
No comments:
Post a Comment