Kenali senjata api yang digunakan oleh pasukan keselamatan negara (TD, TUDM DAN PDRM)

Salam...

Hari tu aku ade sajikan korang senjata api yang digunakan oleh puak pengganas Sulu, ternyata rmai jgak pengunjung blog yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang persenjataan yang digunakan oleh puak tersebut.Terima kasih x terhingga bagi mereka yang sudi lihat blog yang x seberapa ni..heheheh. Untuk makluman kgkawan sebenarnya ancaman daripada puak Sulu filipina dan puak Sulu yang telah menetap di Sabah tidak dapat di pandang ringan lagi oleh pihak kerajaan. Selepas PRU-13, mane-mane kerajaan yang memerintah perlu mempersiapkan anggota keselamatan kita dengan persenjataan yang moden, cukup dan tahan lama. Kegagalan mengambil kira kriteria2 tersebut boleh mengundang kecelakaan kepada pasukan keselamatan dan juga kestabilan dan keselamatan negara.

Td ptg, aku baru tgk history channel kat ASTRO mengenai pasukan khas filipina. Sebenarnya ape yang askar kite lalui yang dikatakan bertempur dengan iblis iaitu pengganas Sulu yang ditembak bertalu2 tidak lut peluru kerana menggunakan ilmu kebal (ilmu hitam) juga di alami oleh askar filipina apabila bertempur dengan Abu Sayyaf, peluru mereka sentiasa habis sebelum dapat menumpaskan kumpulan tersebut, apabila peluru habis backup pn xde kebanyakan askar filipina menyerah diri dan dipenggal oleh Abu Sayyaf, jadi askar filipina telah membawa Golok kot, lebih kurang macam Barong yang digunakan oleh Pengganas Sulu, untuk bertempur hand-to-hand combat dengan puak pemisah setelah peluru mereka habis, kemungkinan ATM boleh amik perhatian psal ni dan issue parang tempur ke kepada setiap askar ketika bertugas di Sabah.

Kita berhenti psal tu, nnti kite smbung lain kali, tanpa membuang masa. aku sajikan senjata yang digunakan oleh pasukan keselamatan kita semasa Ops Daulat.



Nama : FN Minimi
Negara Pengeluar : Fabrique Nationale Corp (FNC) Belgium
Jenis Senjata : Senjata Bantuan Ringan
Kapasiti Peluru :  100 peluru berantai & 30 peluru bagi magazine (5.56x45mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 50 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, memberi kuasa tembakan yang padu, dan memberi tembakan sokongan kepada kumpulan infantri, FN Minimi juga menjadi kegemaran kepada pasukan khas (PASKAL, SEAL TEAM, SAS, GGK dll) yang melakukan operasi di seluruh dunia kerana pasukan khas yang sedikit memerlukan kuasa tembakan yang kuat bagi menghadapi musuh mereka.




Nama : SIG 552
Negara Pengeluar :Swiss Army AG (Switzerland)-1970-sekarang
Jenis Senjata : Raifal tempur
Kapasiti Peluru :   30 peluru (5.56x45mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 17 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, terkenal kerana pembuatan yang berkualiti dan tahan lasak oleh Swiss Army, bersama peredaran masa masa, raifal tersebut di modifikasi dengan mcm peralatan seperti, foregrip, aimpoint eontech, scope dan mcm2 lagi. Raifal yang digemari oleh pasukan khas Malaysia seperti PASKAU dan Team STAR


Nama : RPG-7
Negara Pengeluar : Pakistan( negara asal pengeluar Russia)-1961-present
Jenis Senjata : Pelancar roket bergrenad
Kapasiti Peluru :   1 (roket 40 mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 70 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, terkenal kerana pembuatan yang berkualiti dan tahan lasak, boleh di gunakan untuk memusnahkan kubu, kereta perisai, kereta kebal ( msti kene di tempat yang btul), dan juga boleh digunakan untuk menembak helikopter, memandangkan begitu banyak dikeluarkan lebih kurang 9 juta, senjata ini digunakan oleh pemisah dan pengganas di seluruh dunia, kemampuan RPG-7 ini terbukti di Somalia apabila berjaya menempak jatuh helikopter Blackhawk US, itu menjadikan senjata ini kegemaran kepada puak pemisah. Disebabkan ia ringan ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja.

Nama : SR25 Sniper Rifle
Negara Pengeluar : Amerika Syarikat (variasi asal M16)-1990-sekarang
Jenis Senjata :Sniper Rifle semi-auto
Kapasiti Peluru :   20 peluru(7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : kebanyakan negara yang menggunakan senjata ini adalah sekutu kuat Amerika Syarikat. Rifle Sniper ini digunakan tim penembak tepat PGA dan VAT 69 dan rifle sniper ini berkemungkinan yang bertanggungjawab membunuh 12 orang pengganas Sulu setelah mereka membunuh 2 anggota VAT 69 dalam perundingan di Lahad Datu.

Nama :M16+ M203 Pelancar Grenad
Negara Pengeluar : Amerika Syarikat (variasi asal M16)-1990-sekarang
Jenis Senjata :Raifal tempur dan pelancar grenad
Kapasiti Peluru :   30 peluru (5.56x45 mm, peluru grenad 40 mm)
Kelebihan senjata ni : raifal ini memberi tembakan bantuan yang padu bagi kumpulan infantri kerana mempunyai pelancar grenad.pelancar grenad ini boleh digunakan untuk memusnahkan kubu mesingan, memusnahkan kumpulan infantri dan merosakkan kenderaan ringan. Pelancar grenad ini boleh menjatuhkan motivasi tentera musuh kerana kuasa tembakan dan letupannya menakutkan.


Nama :FN MAG GPMG (General Purpose Machine Gun)
Negara Pengeluar : Fabrique Nationale Corp (FNC) Belgium-1958-sekarang
Jenis Senjata :Mesingan Bantuan Medium
Kapasiti Peluru :   100 peluru berantai  (7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 50 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, memberi kuasa tembakan yang padu, dan memberi tembakan sokongan kepada kumpulan infantri, FN MAG terbukti kualitinya dan tahan lasak, larasnya boleh ditukar sekiranya laras sedia ada sudah panas. Anggota TD dan PGA menggunakan FN MAG ketika situasi di Lahad Datu.

Nama : Aug Steyr
Negara Pengeluar Asal : Austria (Malaysia menjadi pengeluar berlesen oleh SMEO)
Jenis Senjata : Raifal Tempur Bull Pup
Kapasiti Peluru :   30 peluru (5.56x45mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 40 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, konsep Bull Pup dikatakan mempunyai ketepatan yang tinggi berbanding raifal tempur standard. Malaysia telah berkerjasama dengan syarikat Austria untuk mengeluarkan AUG 3 ,kemungkinan kos yang tinggi malaysia telah mengundur diri dari program raifal tersebut dan syarikat Austria berhasrat untuk menyaman Malaysia akibat pelanggaran kontrak. Aug Steyr digunakan oleh Askar Wataniah semasa operasi di Lahad Datu.



Nama : Vektor SS-77 GMPG
Negara Pengeluar Asal : Afrika Selatan
Jenis Senjata : Mesingan Bantuan Medium
Kapasiti Peluru :   100 peluru berantai  (7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 10 negara menggunakan mesingan ini dan variasinyer. Ade pendapat mengatakan SS-77 menggunakan principal mekanisma PKM GPMG yang dikatakan lebih ringan daripada FN MAG tetapi dapat memberi tembakan padu serta tinggi ketepatannya. SS-77 digunakan dalam perkhidmatan  TLDM dan APMM yang diletakkan atas kapal2 peronda tersebut. Dikatakan juga dalam inventori PASKAL tapi x pernah perasan ade.


Nama :HK 21E
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Mesingan Bantuan Medium
Kapasiti Peluru :   100 peluru berantai  (7.62 x 51 mm) boleh juga memuat magazine 20 peluru (7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : Digunakan oleh TD sejak tahun 80 an dalam memerangi komunis, Mesingan ini digunakan dengan magazine 20 peluru, belum diketahui pernah digunakan dengan peluru berantai. Mesingan  tersebut telah dikeluarkan dari service pasukan keselamatan pada tahun 2000, tetapi dengan situasi di Lahad Datu, di dapati mesingan ini muncul semula dan digunakan oleh anggota PGA. Model terbaru mesingan ini boleh dilengkapi dengan scope dan mcm-mcm lagi.


Ni Aug Steyr 3, kan bagus kalu malaysia modify steyr yang ada dalam inventory tentera mcm ni, tp tu la masalahnyer, xde R & D dan sokongan dari pihak kerajaan dalam merealisasikan raifal tempur acuan sendiri

ini pun same la, stakat modify mcm ni biar smart pn jadi lah, tp xde inisiatif jgak.. sedih den

Nama :HK MP5
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Submesingan
Kapasiti Peluru :  Magazine 30 peluru (9mm Parabellum)
Kelebihan senjata ni : Digunakan oleh TD sejak tahun 90an menggantikan Submesingan Sterling dari UK, kelebihan submesingan ini mempunyai pilihan tembakan daripada auto, 3 burst dan semi auto. Submesingan ini menyaksikan penggunaan bahan polimer yang tahan lasak dan ringan dan sesuai di bawa untuk mcm2 operasi, Digunakan oleh PDRM, pasukan khas GGK, PASKAL, APMM dan mcm2 lagi. Model terkini boleh dimodifikasi dengan diletakkan foregrip, scope dan mcm2 modifikasi.
Nama :HK 416
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru :  Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal tempur yang sangat popular pada abad ini, digemari dan menjadi idaman seluruh anggota tentera dan pasukan khas, mempunyai ciri-ciri seperti M4 Carbine tetapi telah diperkemaskan mekanisma menjadi lebih efisyen. Telah di uji di dalam lumpur, air dan ais dan mcm2 lagi, tetapi raifal tersebut berjaya melakukan tembakan tanpa tersekat sekali pun. HK 416 digunakan oleh Pasukan PASKAL.

Nama :M4 A2 Carbine
Negara Pengeluar Asal :Colt Arm ( Amerika Syarikat)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru :  Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal tempur yang sangat digemari di seluruh dunia, M4 lambang kekuatan pasukan khas Amerika dan tentera Amerika. Model terbaru boleh dilengkapi foregrip, aimpoint eontech, pelancar grenad dan lain-lain. Raifal ini dikeluarkan oleh Malaysia di bawah SMEO secara berlesen bagi pasukan keselamatan Malaysia dan juga pasaran Asia. Menjadi raifal tempur terkini kegunaan tentera Malaysia bagi menggantikan Aug Steyr.


Nama :M16 A1
Negara Pengeluar Asal :Colt Arm ( Amerika Syarikat)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru :  Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal tempur yang sangat digemari di seluruh dunia, tentera Malaysia telah memakaiya. sejak dari insurgensi komunis bagi menggantikan raifal tempur HK 33. Raifal tersebut masih dalam perkhidmatan pasukan keselamatan malaysia(TD, TUDM, TLDM, PDRM). Banyak digunakan oleh anggota PGA semasa operasi di Lahad Datu. Dikatakan sudah tidak relevant dan sepatutnya telah ditukar kepada raifal tempur yang lebih moden.

Nama :HK 416
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru :  Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal tempur yang sangat popular pada abad ini, digemari dan menjadi idaman seluruh anggota tentera dan pasukan khas, mempunyai ciri-ciri seperti M4 Carbine tetapi telah diperkemaskan mekanisma menjadi lebih efisyen. Telah di uji di dalam lumpur, air dan ais dan mcm2 lagi, tetapi raifal tersebut berjaya melakukan tembakan tanpa tersekat sekali pun. HK 416 digunakan oleh Pasukan PASKAL.

Nama :Bushmaster M4 LE
Negara Pengeluar Asal :Bushmaster ( Amerika Syarikat)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru :  Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal tempur yang mempunyai ciri-ciri yang kecil dan kompak, ,mempunyai picatiny rail bagi dilengkapkan aimpont, scope, eontech, foregrip dan flashlight. Digunakan oleh anggota VAT 69 di Lahad Datu. Anggota VAT 69 banyak membunuh pengganas Sulu menggunakan raifal tempur ini.

HK 21E yang digunakan  oleh PGA ketika operasi di Lahad Datu, Sabah

Gmbar ni aku tangkap kat DSA 2012, kalu la standard M4 Malaysia wat mcm nikan nampak lain skit, nampak skit mcm keluaran tempatan.. baru la rakyat bangga, tp ni xdak...

Nama : International Accuracy,AWP Sniper Raifal
Negara Pengeluar Asal : United Kingdom
Jenis Senjata : Raifal Sniper
Kapasiti Peluru :  Magazine 10 peluru (.338 Lapua Magnum)
Kelebihan senjata ni : Raifal sniper bolt action yang amat terkenal dengan ketepatannya, digemari oleh negara-negara besar dalam pengeluaran senjata seperti US, Germany dan Russia. Di Malaysia digunakan oleh semua tim penembak tepat dalam pasukan keselamatan Malaysia (ATM and PDRM). Raifal ini digunakan oleh tim penembak tepat TD, GGK, VAT 69 dan PGA ketika operasi di Lahad Datu.

Itu sahaja setakat ni, harap enjoy...


32 INDIVIDU DITAHAN DI PERAIRAN SABAH, PELBAGAI SENJATA DIRAMPAS ( terkini OPS DAULAT)


Salam kengkawan, berita terkini, sementara kite masing-masing sibuk nak ngundi, askar kita di perbatasan berjaya menempa satu lagi kejayaan. nampaknyer hal di lahad datu xkan abis begitu sahaja, nampaknyer negara akan menghadapi peperangan insurgensi dengan pengganas Sulu ni same dengan pengganas komunis satu ms dlu. kite doakan perwira-perwira negara kita cekal menghadapi musuh-musuh ini bagi memastikan kedaulatan negara kita terjamin.

Sesungguhnya kengkawan, Allah telah menjadikan Malaysia ini tanah rahmat, walaupun kita ni negara kecil, kita telah beri perlindungan kepada pelarian-pelarian negara islam yang lain, mcm Bosnia, Rohinya dan lain-lain. Jadi tidak hairan ramai musuh2 malaysia dan islam iri hati dengan kejayaan malaysia.

Sila enjoy petikan berita di bawah dan sedikit gmbar..
Kota Kinabalu, 8 April - Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini. Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). "Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut. Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini. "Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya. Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini. Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan. - BERNAMA

Amirbahar, Datu Piah dan Agbimudin- tiga ekor pengganas yang x sedar diri dan tamakkan harta yang bercakap atas nama jihad kononnyer

10 briged para dengan G-Wagon dilengkap AGL MK

ATM menggempur kedudukan pengganas sulu

Penduduk kampung tanduo melawat kampung mereka selepas serangan ke atas pengganas Sulu diringi pihak tentera

Pengganas Sulu bersama General Musa dan Nur Misuari

RARE PHOTO- Anggota PASKAL dengan HK 416

Racing is Dangerous... (Superbike crash- NO GRAPHIC!)

Salam...

Aku amat meminati motor superbike, seperti honda cbr, yamaha R1 atau R2, Ducati dan mcm2 lagi. Aku dapati atau korang perasan la kan, ramai rakyat malaysia terutamanya di bandar-bandar pergi keje dengan naik superbike. bagi aku memang satu anjakan paradigma, sebab sebelum bawak superbike kite kategorikan dengan orang kaya-kaya saje. tp skrg kite boleh tgk mcm motor keluar, ada hybrid suberbike + scrambler la, ade tayar besar la dan mcm2 lagi, dan harganya amat berpatutan. jadi sesiape yang mengidam superbike tp x mampu beli ade motorsikal yang menyamai konsep superbike tp di downgrade agar mampu milik... :)... tp yang sedihnya aku cume ade lesen hantu je,, hehehe... lesen btul xde ms nak amik.. hehehe, jadi mampu dok tgk je orang bawak superbike dengan penuh bergaya...huhuhu

Kat cni aku nak share video orang crash ngan superbike, aku bkn suke nak tgk orang jatuh superbike, tp nak tgk bagaimana bahayanya sukan ini, tp ade je orang dok racing motor x pkai ape2 perlindungan mcm mat rempit kat luar sane tu, aku dengar diorang bkn brani sgt sebenarnya, tp diorang minum arak murah yang nak ilang rasa takut diorang n biar diorang mabuk, memang truk.. bawak2 bertaubat la k...

Harap enjoy video ni dan berhati-hati la di jalanraya







Lawatan ke Hari ATM pada tahun 2011 kot...

Salam...

Aku dok korek2 pc aku pg ni, aku terjumpe pic lame aku ngan abg aku ke Hari ATM pada thun 2011, ade gmbar2 aku posing dengan senjata-senjata yang dimiliki oleh ATM, mcm FN Minimi, M4, Pelancar Bom, SAM Anza MK 11 dan mcm2 lagi.. harap korang enjoy gmbar tersebut...
Aku tengah posing dengan pack artillery Denel 155 mm

Artileri roket Astros dari Brazil

AFV Adnan

Aku tengah posing dengan Raifal Barret Anti material 12.7mm bull up dan disebelah aku ade FN GPMG, ni kenderaan tempur SOF

Aku bersama PT 91 a.k.a T-72

Aku bersama AGL MK

Sistem Peluru Berpandu Rapier dari UK

Grenade Launcher berganda

International Accuracy, AWP- raifal bolt action yang terkenal di dunia, mamat belakang ni x sabar2 nak merasa raifal aku pegang ni, relax brader....hehheeh

LMG FN Minimi, boleh dimasukkan magazine dan juga peluru berantai

M4 terkini, standard raifal yang akan digunakan oleh ATM

Aku bersama SOF

Rakyat jelata, berpusu-pusu merasai raifal yang digunakan oleh ATM

Aku sekali lagi dengan hensemnya membidik dengan raifal bullup ant- material 12.7 mm

aku bersama PDW HKMPS

Pelbagai inventori senjata digunakan oleh ATM

robot remote control bagi tujuan perang biologi, IED dan mcm2 lagi

SAM ANZA MK II dari pakistan

Aku memakai helmet juruterbang sambil perhatikan oleh awek askar dibelakang...hehehe


Itu sahaja setakat ini, akan kembali lagi dengan gmbar-gmbar yang lebih menarik lagi...domo arigatou gozaimasu!!!

Pilihanraya Utama ke-13 (PRU 13)- Ke mana Arah Tuju Politik dan Pertahanan Malaysia?

Salam dan sejahtera kengkawan sekelian

Sesungguhnya hari jumaat yang penuh barakah ini, aku rase amat sesuai untuk aku berkongsi atau menjemput pandangan para pembaca sekelian mengenai senario politik di Malaysia hari ini.

Sepertimana kita semua tahu, pada 3/4/2013 Perdana Menteri kite, DS Najib telah mengumumkan pembubaran parlimen negara kita yang tercinta ini. Pembubaran parlimen bererti memberi laluan kepada proses pilihanraya utama bagi memilih parti-parti politik yang tidak lain tidak bukan 'MEMPERJUANGKAN  HAK RAKYAT '. Jadi aku sebagai rakyat malaysia yang cintakan kepada keamanan dan kestabilan negara ini semestinya memilih parti politik yang 'mesra rakyat', 'berorientasikan rakyat', berpaksikan rakyat' dan macam2 lagi lah. Aku di sini bukan nak mengutuk mana-mana parti politik tetapi bagi aku, yang sentiasa ingin mengaitkan mcm2 perkara dengan ketenteraan...hehehehe, Pencerobohan di Sabah ada kaitan dengan kegagalan dan kelemahan kerajaan pusat sekarang yang memandang enteng tentang keselamatan negara serta rakyatnya dan  perkara-perkara dalaman yang dikatakan menyebabkan perkara sebegini boleh berlaku. Sepatutnya kematian perwira negara kita dapat dihindari sekiranya kerajaan mengambil langkah yang cepat dan tangkas.

Pembelian aset2 penting pertahanan dan pembangunan pertahanan sepatutnya sudah lama dipandang serious oleh kerajaan. Penghasilan  produk pertahanan sendiri agar mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar harus dijadikan platform bagi mencapai satu industri negara yang berdikari dan mampu bersaing walaupun x banyak, sikit pun jadi lah... Jikalau kerajaan boleh menetapkan KPI bagi setiap kementerian apa yang patut dibuat, sepatutnya KPI bagi kementerian pertahanan patutnya juga dipergiatkan dan sejajar dengan pembangunan negara. Kita dapat lihat negara-negara maju seperti US & Perancis, pembangunan yang dikecapi sejajar dengan pembangunan pertahanan negara dilaksanakan. Ini kerana konsepnyer mudah, pembangunan, kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi perlu dipertahankan kerana ada saja musuh-musuh yang dengki dan sentiasa ingin mengkucar kacirkan keadaan. Oleh tu persiapan ketenteraan penting bagi melindungi atau mempertahankan segala pembangunan yang kita bina selama ini.

Bagi aku, ape yang terjadi di Lahad Datu baru-baru ini, membuka mata pihak kerajaan agar jangan terlalu tumpu kepada pembangunan dan kekayaan sehingga mengabaikan keselamatan yang boleh melenyapkan segala pembangunan yang kita bina pada hari ni.

Pertama sekali bagi pandangan aku adalah perolehan helikopter tempur. Pertempuran di Lahad Datu ckup memberi pengajaran yang amat penting bagaimana penggunaan helicopter tempur dalam menangani musuh-musuh yang menyelinap di dalam hutan berpaya di Kampung Tanduo. Ops Daulat pada baru-baru ini dengan gabungan 'firepower' TD dan TUDM tidak dapat dinafikan menghasilkan 'Shock and Awe' kepada pengganas Sulu dan kerajaan filipina bahawa malaysia tidak akan berkompromi dengan keselamatan negara. tetapi penggunaan F/18 Hornet dan Hawk dapatkan dikurangkan kos minyak dan lain-lain kos dengan penggunaan helikopter yang tidak diperlu terbang laju menembak sasaran,  hanya perlu terbang menegak, mengenalpasti sasaran, menggunakan gunship 30mm dan roket pot yang menghamburkan bertalu2 roket ke arah sasaran.

Antara helikopter tempur yang aku rs sesuai adalah :-

Nama :MI-24 Hind
Negara Pengeluar : Russia
Mengapa dirasakan sesuai dimiliki oleh Malaysia : Malaysia telah lama menjalinkan hubungan perdagangan industri pertahanan dengan Russia, khususnya pembelian MIG-29 dan SU-30MK sebelum ini.  Walaupun telah dihasilkan dari 1972 tetapi telah mengalami banyak modifikasi dan penambahbaikan dengan teknologi terkini. Kemungkinan sgt sesuai dengan mukabumi dan cuaca malaysia kerana Russia sgt terkenal dengan produk pertahananya yang lasak serta tahan lama. Mungkin Malaysia boleh membelinya dalam dlm 50 buah ke memandangkan harganya 'murah' rsnyer... hehehe, kelebihan helikopter tempur bukan sahaja mampu bertempur tp juga mampu membawa penumpang sehingga 8 orang.
Keburukan : Mungkin ketinggalan zaman, mungkin helikopter yang besar dan berat menjadi sasaran mudah pihak musuh, russia juga mahu menggantikan helicopter ini dengan yang lebih canggih seperti MI-28N & KA-50







Nama :AH-64 Apache Longbow
Negara Pengeluar :Amerika Syarikat
Mengapa dirasakan sesuai dimiliki oleh Malaysia : Helikopter ini terbukti kemampuanya di Perang Teluk 1, Perang Teluk 2 dan juga Perang Afghanistan 2. Sangat2 berteknologi tinggi, mempunyai helmet juruterbang yang mampu membidik sasaran dengan hanya memandang sasaran tersebut tanpa mengalih helikopter ke arah sasaran. Mempunyai daya pertempuran malam yang bagus dengan 'forward looking infra red' (kalu x faham taip kat tenet). Helikopter yang diidamkan oleh setiap negara bagi ketumbukan helikopter tempur mereka.
Keburukan : Mahal, US sangat kedekut dan cerewet kepada sesiapa yang bukan sekutunya untuk membeli helicopter ini terutamanya Malaysia yang agak susah diramal yang kekadang menjadi kawan atau lawan...hehehe, satu lagi mengenai sparepart cthnya: kalu US tengah berperang kat Afghanistan guna Apache, DOD US akan sekat pembelian sparepart Apache kepada mana-mana negara yang menggunakan Apache walaupun sekutu rapatnya. ini bagi memastikan tenteranya di mana-mana medan pertempuran mempunyai sparepart yang ckup. jadi negara yang nak ade Apache nak beli sparepart kene tggu berbulan2 sehingga US release sekatan tersebut. itulah yang dirasai oleh Singapore... heheheh padan muka!!!

Nama :Agusta A129 Mangusta
Negara Pengeluar :Italy
Mengapa dirasakan sesuai dimiliki oleh Malaysia :Helikopter tempur yang murah, x banyak aku tau psal helikopter ni tp ia adalah helicopter joint venture bagi negara-negara eropah tp projek ni gagal kerana negara eropah yang joint project ni beli helicopter lain. turkey produce under license yang diberi nama t-129 ATAK, disebabkan malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan turki mungkin malaysia boleh beli dan wat pemindahan teknologi dari turki memandangkan malaysia pernah adakan perjanjian pertahanan seperti APC Adnan dan yang terbaru ni AV8. Malaysia juga mempunyai dealer Agusta di sini jadi mungkin senang nak dapat sparepart dan technology transfer mungkin lebih murah.
Keburukan : Walaupun telah di modifikasi dengan teknologi terkini tetapi sedikit diketahui mengenai kemampuan helikopter ini. 


Nama :Eurocopter Tiger
Negara Pengeluar :Eurocopter (France &Germany)
Mengapa dirasakan sesuai dimiliki oleh Malaysia : Mempunyai teknologi yang tinggi, hasil gabungan France dan Germany yang terkenal dalam pembinaan produk pertahanan. Pernah beroperasi di Afghanistan, Libya dan Mali. Mempunyai forward looking infra red juga. Malaysia juga mempunyai dealer eurocopter, mungkin boleh dapat sparepart, services dan transfer technology lebih murah.
Keburukan : Mungkin sangat mahal.

Nama :MI-28 Havoc
Negara Pengeluar :Russia
Mengapa dirasakan sesuai dimiliki oleh Malaysia : Helicopter tempur russia yang terkini, dilengkapi dengan teknologi moden dan terkini dan menyamai kelebihan helikopter tempur Amerika dan Eropah. Kemungkinan sgt sesuai dengan mukabumi dan cuaca malaysia kerana Russia sgt terkenal dengan produk pertahananya yang lasak serta tahan lama.
Keburukan : Mungkin sangat mahal.


Di hari-hari berikutnya, aku akan mengupas mengenai keperluan pertahanan bagi udara, darat, laut dan banyak lagi, di harap para pembaca sudi berkongsi ilmu dan memberi pandangan masing-masing.. komen anda amat dihargai. Gracias!!!