32 INDIVIDU DITAHAN DI PERAIRAN SABAH, PELBAGAI SENJATA DIRAMPAS ( terkini OPS DAULAT)


Salam kengkawan, berita terkini, sementara kite masing-masing sibuk nak ngundi, askar kita di perbatasan berjaya menempa satu lagi kejayaan. nampaknyer hal di lahad datu xkan abis begitu sahaja, nampaknyer negara akan menghadapi peperangan insurgensi dengan pengganas Sulu ni same dengan pengganas komunis satu ms dlu. kite doakan perwira-perwira negara kita cekal menghadapi musuh-musuh ini bagi memastikan kedaulatan negara kita terjamin.

Sesungguhnya kengkawan, Allah telah menjadikan Malaysia ini tanah rahmat, walaupun kita ni negara kecil, kita telah beri perlindungan kepada pelarian-pelarian negara islam yang lain, mcm Bosnia, Rohinya dan lain-lain. Jadi tidak hairan ramai musuh2 malaysia dan islam iri hati dengan kejayaan malaysia.

Sila enjoy petikan berita di bawah dan sedikit gmbar..
Kota Kinabalu, 8 April - Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini. Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). "Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut. Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini. "Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya. Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini. Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan. - BERNAMA

Amirbahar, Datu Piah dan Agbimudin- tiga ekor pengganas yang x sedar diri dan tamakkan harta yang bercakap atas nama jihad kononnyer

10 briged para dengan G-Wagon dilengkap AGL MK

ATM menggempur kedudukan pengganas sulu

Penduduk kampung tanduo melawat kampung mereka selepas serangan ke atas pengganas Sulu diringi pihak tentera

Pengganas Sulu bersama General Musa dan Nur Misuari

RARE PHOTO- Anggota PASKAL dengan HK 416

No comments:

Post a Comment