Salam dan sejahtera kengkawan sekelian
Sesungguhnya hari jumaat yang penuh barakah ini, aku rase amat sesuai untuk aku berkongsi atau menjemput pandangan para pembaca sekelian mengenai senario politik di Malaysia hari ini.
Sepertimana kita semua tahu, pada 3/4/2013 Perdana Menteri kite, DS Najib telah mengumumkan pembubaran parlimen negara kita yang tercinta ini. Pembubaran parlimen bererti memberi laluan kepada proses pilihanraya utama bagi memilih parti-parti politik yang tidak lain tidak bukan 'MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT '. Jadi aku sebagai rakyat malaysia yang cintakan kepada keamanan dan kestabilan negara ini semestinya memilih parti politik yang 'mesra rakyat', 'berorientasikan rakyat', berpaksikan rakyat' dan macam2 lagi lah. Aku di sini bukan nak mengutuk mana-mana parti politik tetapi bagi aku, yang sentiasa ingin mengaitkan mcm2 perkara dengan ketenteraan...hehehehe, Pencerobohan di Sabah ada kaitan dengan kegagalan dan kelemahan kerajaan pusat sekarang yang memandang enteng tentang keselamatan negara serta rakyatnya dan perkara-perkara dalaman yang dikatakan menyebabkan perkara sebegini boleh berlaku. Sepatutnya kematian perwira negara kita dapat dihindari sekiranya kerajaan mengambil langkah yang cepat dan tangkas.
Pembelian aset2 penting pertahanan dan pembangunan pertahanan sepatutnya sudah lama dipandang serious oleh kerajaan. Penghasilan produk pertahanan sendiri agar mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar harus dijadikan platform bagi mencapai satu industri negara yang berdikari dan mampu bersaing walaupun x banyak, sikit pun jadi lah... Jikalau kerajaan boleh menetapkan KPI bagi setiap kementerian apa yang patut dibuat, sepatutnya KPI bagi kementerian pertahanan patutnya juga dipergiatkan dan sejajar dengan pembangunan negara. Kita dapat lihat negara-negara maju seperti US & Perancis, pembangunan yang dikecapi sejajar dengan pembangunan pertahanan negara dilaksanakan. Ini kerana konsepnyer mudah, pembangunan, kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi perlu dipertahankan kerana ada saja musuh-musuh yang dengki dan sentiasa ingin mengkucar kacirkan keadaan. Oleh tu persiapan ketenteraan penting bagi melindungi atau mempertahankan segala pembangunan yang kita bina selama ini.
Bagi aku, ape yang terjadi di Lahad Datu baru-baru ini, membuka mata pihak kerajaan agar jangan terlalu tumpu kepada pembangunan dan kekayaan sehingga mengabaikan keselamatan yang boleh melenyapkan segala pembangunan yang kita bina pada hari ni.
Pertama sekali bagi pandangan aku adalah perolehan helikopter tempur. Pertempuran di Lahad Datu ckup memberi pengajaran yang amat penting bagaimana penggunaan helicopter tempur dalam menangani musuh-musuh yang menyelinap di dalam hutan berpaya di Kampung Tanduo. Ops Daulat pada baru-baru ini dengan gabungan 'firepower' TD dan TUDM tidak dapat dinafikan menghasilkan 'Shock and Awe' kepada pengganas Sulu dan kerajaan filipina bahawa malaysia tidak akan berkompromi dengan keselamatan negara. tetapi penggunaan F/18 Hornet dan Hawk dapatkan dikurangkan kos minyak dan lain-lain kos dengan penggunaan helikopter yang tidak diperlu terbang laju menembak sasaran, hanya perlu terbang menegak, mengenalpasti sasaran, menggunakan gunship 30mm dan roket pot yang menghamburkan bertalu2 roket ke arah sasaran.
Antara helikopter tempur yang aku rs sesuai adalah :-
Di hari-hari berikutnya, aku akan mengupas mengenai keperluan pertahanan bagi udara, darat, laut dan banyak lagi, di harap para pembaca sudi berkongsi ilmu dan memberi pandangan masing-masing.. komen anda amat dihargai. Gracias!!!

No comments:
Post a Comment