Salam...
Hari tu aku ade sajikan korang senjata api yang digunakan oleh puak pengganas Sulu, ternyata rmai jgak pengunjung blog yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang persenjataan yang digunakan oleh puak tersebut.Terima kasih x terhingga bagi mereka yang sudi lihat blog yang x seberapa ni..heheheh. Untuk makluman kgkawan sebenarnya ancaman daripada puak Sulu filipina dan puak Sulu yang telah menetap di Sabah tidak dapat di pandang ringan lagi oleh pihak kerajaan. Selepas PRU-13, mane-mane kerajaan yang memerintah perlu mempersiapkan anggota keselamatan kita dengan persenjataan yang moden, cukup dan tahan lama. Kegagalan mengambil kira kriteria2 tersebut boleh mengundang kecelakaan kepada pasukan keselamatan dan juga kestabilan dan keselamatan negara.
Td ptg, aku baru tgk history channel kat ASTRO mengenai pasukan khas filipina. Sebenarnya ape yang askar kite lalui yang dikatakan bertempur dengan iblis iaitu pengganas Sulu yang ditembak bertalu2 tidak lut peluru kerana menggunakan ilmu kebal (ilmu hitam) juga di alami oleh askar filipina apabila bertempur dengan Abu Sayyaf, peluru mereka sentiasa habis sebelum dapat menumpaskan kumpulan tersebut, apabila peluru habis backup pn xde kebanyakan askar filipina menyerah diri dan dipenggal oleh Abu Sayyaf, jadi askar filipina telah membawa Golok kot, lebih kurang macam Barong yang digunakan oleh Pengganas Sulu, untuk bertempur hand-to-hand combat dengan puak pemisah setelah peluru mereka habis, kemungkinan ATM boleh amik perhatian psal ni dan issue parang tempur ke kepada setiap askar ketika bertugas di Sabah.
Kita berhenti psal tu, nnti kite smbung lain kali, tanpa membuang masa. aku sajikan senjata yang digunakan oleh pasukan keselamatan kita semasa Ops Daulat.
|
Nama : FN Minimi
Negara Pengeluar : Fabrique Nationale Corp (FNC) Belgium
Jenis Senjata : Senjata Bantuan Ringan
Kapasiti Peluru : 100 peluru berantai & 30 peluru bagi magazine (5.56x45mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 50 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, memberi kuasa tembakan yang padu, dan memberi tembakan sokongan kepada kumpulan infantri, FN Minimi juga menjadi kegemaran kepada pasukan khas (PASKAL, SEAL TEAM, SAS, GGK dll) yang melakukan operasi di seluruh dunia kerana pasukan khas yang sedikit memerlukan kuasa tembakan yang kuat bagi menghadapi musuh mereka.
| | | | |
|
|
|
Nama : SIG 552
Negara Pengeluar :Swiss Army AG (Switzerland)-1970-sekarang
Jenis Senjata : Raifal tempur
Kapasiti Peluru : 30 peluru (5.56x45mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 17 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali, terkenal kerana pembuatan yang berkualiti dan tahan lasak oleh Swiss Army, bersama peredaran masa masa, raifal tersebut di modifikasi dengan mcm peralatan seperti, foregrip, aimpoint eontech, scope dan mcm2 lagi. Raifal yang digemari oleh pasukan khas Malaysia seperti PASKAU dan Team STAR
|
|
Nama : RPG-7
Negara Pengeluar : Pakistan( negara asal pengeluar Russia)-1961-present
Jenis Senjata : Pelancar roket bergrenad
Kapasiti Peluru : 1 (roket 40 mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 70 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali,
terkenal kerana pembuatan yang berkualiti dan tahan lasak, boleh di gunakan untuk memusnahkan kubu, kereta perisai, kereta kebal ( msti kene di tempat yang btul), dan juga boleh digunakan untuk menembak helikopter, memandangkan begitu banyak dikeluarkan lebih kurang 9 juta, senjata ini digunakan oleh pemisah dan pengganas di seluruh dunia, kemampuan RPG-7 ini terbukti di Somalia apabila berjaya menempak jatuh helikopter Blackhawk US, itu menjadikan senjata ini kegemaran kepada puak pemisah. Disebabkan ia ringan ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja.
|
|
Nama : SR25 Sniper Rifle
Negara Pengeluar : Amerika Syarikat (variasi asal M16)-1990-sekarang
Jenis Senjata :Sniper Rifle semi-auto
Kapasiti Peluru : 20 peluru(7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : kebanyakan negara yang menggunakan senjata ini adalah sekutu kuat Amerika Syarikat. Rifle Sniper ini digunakan tim penembak tepat PGA dan VAT 69 dan rifle sniper ini berkemungkinan yang bertanggungjawab membunuh 12 orang pengganas Sulu setelah mereka membunuh 2 anggota VAT 69 dalam perundingan di Lahad Datu.
|
|
Nama :M16+ M203 Pelancar Grenad
Negara Pengeluar : Amerika Syarikat (variasi asal M16)-1990-sekarang
Jenis Senjata :Raifal tempur dan pelancar grenad
Kapasiti Peluru : 30 peluru (5.56x45 mm, peluru grenad 40 mm)
Kelebihan senjata ni : raifal ini memberi tembakan bantuan yang padu bagi kumpulan infantri kerana mempunyai pelancar grenad.pelancar grenad ini boleh digunakan untuk memusnahkan kubu mesingan, memusnahkan kumpulan infantri dan merosakkan kenderaan ringan. Pelancar grenad ini boleh menjatuhkan motivasi tentera musuh kerana kuasa tembakan dan letupannya menakutkan.
|
|
Nama :FN MAG GPMG (General Purpose Machine Gun)
Negara Pengeluar : Fabrique Nationale Corp (FNC) Belgium-1958-sekarang
Jenis Senjata :Mesingan Bantuan Medium
Kapasiti Peluru : 100 peluru berantai (7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 50 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali,
memberi kuasa tembakan yang padu, dan memberi tembakan sokongan kepada
kumpulan infantri, FN MAG terbukti kualitinya dan tahan lasak, larasnya boleh ditukar sekiranya laras sedia ada sudah panas. Anggota TD dan PGA menggunakan FN MAG ketika situasi di Lahad Datu.
|
|
Nama : Aug Steyr
Negara Pengeluar Asal : Austria (Malaysia menjadi pengeluar berlesen oleh SMEO)
Jenis Senjata : Raifal Tempur Bull Pup
Kapasiti Peluru : 30 peluru (5.56x45mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 40 negara menggunakan senjata ni dengan variasinyer skali,
konsep Bull Pup dikatakan mempunyai ketepatan yang tinggi berbanding raifal tempur standard. Malaysia telah berkerjasama dengan syarikat Austria untuk mengeluarkan AUG 3 ,kemungkinan kos yang tinggi malaysia telah mengundur diri dari program raifal tersebut dan syarikat Austria berhasrat untuk menyaman Malaysia akibat pelanggaran kontrak. Aug Steyr digunakan oleh Askar Wataniah semasa operasi di Lahad Datu.
|
Nama : Vektor SS-77 GMPG
Negara Pengeluar Asal : Afrika Selatan
Jenis Senjata : Mesingan Bantuan Medium
Kapasiti Peluru : 100 peluru berantai (7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : hampir 10 negara menggunakan mesingan ini dan variasinyer. Ade pendapat mengatakan SS-77 menggunakan principal mekanisma PKM GPMG yang dikatakan lebih ringan daripada FN MAG tetapi dapat memberi tembakan padu serta tinggi ketepatannya. SS-77 digunakan dalam perkhidmatan TLDM dan APMM yang diletakkan atas kapal2 peronda tersebut. Dikatakan juga dalam inventori PASKAL tapi x pernah perasan ade.
|
Nama :HK 21E
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Mesingan Bantuan Medium
Kapasiti Peluru : 100 peluru berantai (7.62 x 51 mm) boleh juga memuat magazine 20 peluru (7.62 x 51 mm)
Kelebihan senjata ni : Digunakan oleh TD sejak tahun 80 an dalam memerangi komunis, Mesingan ini digunakan dengan magazine 20 peluru, belum diketahui pernah digunakan dengan peluru berantai. Mesingan tersebut telah dikeluarkan dari service pasukan keselamatan pada tahun 2000, tetapi dengan situasi di Lahad Datu, di dapati mesingan ini muncul semula dan digunakan oleh anggota PGA. Model terbaru mesingan ini boleh dilengkapi dengan scope dan mcm-mcm lagi.
|
|
Ni Aug Steyr 3, kan bagus kalu malaysia modify steyr yang ada dalam inventory tentera mcm ni, tp tu la masalahnyer, xde R & D dan sokongan dari pihak kerajaan dalam merealisasikan raifal tempur acuan sendiri |
|
ini pun same la, stakat modify mcm ni biar smart pn jadi lah, tp xde inisiatif jgak.. sedih den |
|
Nama :HK MP5
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Submesingan
Kapasiti Peluru : Magazine 30 peluru (9mm Parabellum)
Kelebihan senjata ni :
Digunakan oleh TD sejak tahun 90an menggantikan Submesingan Sterling dari UK, kelebihan submesingan ini mempunyai pilihan tembakan daripada auto, 3 burst dan semi auto. Submesingan ini menyaksikan penggunaan bahan polimer yang tahan lasak dan ringan dan sesuai di bawa untuk mcm2 operasi, Digunakan oleh PDRM, pasukan khas GGK, PASKAL, APMM dan mcm2 lagi. Model terkini boleh dimodifikasi dengan diletakkan foregrip, scope dan mcm2 modifikasi.
|
|
Nama :HK 416
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru : Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal tempur yang sangat popular pada abad ini, digemari dan menjadi idaman seluruh anggota tentera dan pasukan khas, mempunyai ciri-ciri seperti M4 Carbine tetapi telah diperkemaskan mekanisma menjadi lebih efisyen. Telah di uji di dalam lumpur, air dan ais dan mcm2 lagi, tetapi raifal tersebut berjaya melakukan tembakan tanpa tersekat sekali pun. HK 416 digunakan oleh Pasukan PASKAL.
|
|
Nama :M4 A2 Carbine
Negara Pengeluar Asal :Colt Arm ( Amerika Syarikat)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru : Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal
tempur yang sangat digemari di seluruh dunia, M4 lambang kekuatan pasukan khas Amerika dan tentera Amerika. Model terbaru boleh dilengkapi foregrip, aimpoint eontech, pelancar grenad dan lain-lain. Raifal ini dikeluarkan oleh Malaysia di bawah SMEO secara berlesen bagi pasukan keselamatan Malaysia dan juga pasaran Asia. Menjadi raifal tempur terkini kegunaan tentera Malaysia bagi menggantikan Aug Steyr.
|
|
Nama :M16 A1
Negara Pengeluar Asal :Colt Arm ( Amerika Syarikat)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru : Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal
tempur yang sangat digemari di seluruh dunia, tentera Malaysia telah memakaiya. sejak dari insurgensi komunis bagi menggantikan raifal tempur HK 33. Raifal tersebut masih dalam perkhidmatan pasukan keselamatan malaysia(TD, TUDM, TLDM, PDRM). Banyak digunakan oleh anggota PGA semasa operasi di Lahad Datu. Dikatakan sudah tidak relevant dan sepatutnya telah ditukar kepada raifal tempur yang lebih moden.
|
|
Nama :HK 416
Negara Pengeluar Asal :Heckler & Koch (German)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru : Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal
tempur yang sangat popular pada abad ini, digemari dan menjadi idaman
seluruh anggota tentera dan pasukan khas, mempunyai ciri-ciri seperti M4
Carbine tetapi telah diperkemaskan mekanisma menjadi lebih efisyen.
Telah di uji di dalam lumpur, air dan ais dan mcm2 lagi, tetapi raifal
tersebut berjaya melakukan tembakan tanpa tersekat sekali pun. HK 416
digunakan oleh Pasukan PASKAL.
|
|
Nama :Bushmaster M4 LE
Negara Pengeluar Asal :Bushmaster ( Amerika Syarikat)
Jenis Senjata : Raifal Tempur
Kapasiti Peluru : Magazine 30 peluru (5.56 x 45mm)
Kelebihan senjata ni : Raifal
tempur yang mempunyai ciri-ciri yang kecil dan kompak, ,mempunyai picatiny rail bagi dilengkapkan aimpont, scope, eontech, foregrip dan flashlight. Digunakan oleh anggota VAT 69 di Lahad Datu. Anggota VAT 69 banyak membunuh pengganas Sulu menggunakan raifal tempur ini.
|
|
HK 21E yang digunakan oleh PGA ketika operasi di Lahad Datu, Sabah |
|
Gmbar ni aku tangkap kat DSA 2012, kalu la standard M4 Malaysia wat mcm nikan nampak lain skit, nampak skit mcm keluaran tempatan.. baru la rakyat bangga, tp ni xdak... |
|
Nama : International Accuracy,AWP Sniper Raifal
Negara Pengeluar Asal : United Kingdom
Jenis Senjata : Raifal Sniper
Kapasiti Peluru : Magazine 10 peluru (.338 Lapua Magnum)
Kelebihan senjata ni : Raifal sniper bolt action yang amat terkenal dengan ketepatannya, digemari oleh negara-negara besar dalam pengeluaran senjata seperti US, Germany dan Russia. Di Malaysia digunakan oleh semua tim penembak tepat dalam pasukan keselamatan Malaysia (ATM and PDRM). Raifal ini digunakan oleh tim penembak tepat TD, GGK, VAT 69 dan PGA ketika operasi di Lahad Datu.
|
Itu sahaja setakat ni, harap enjoy...
Dr pmerhatian sy la...mlaysia ni sprti dkenakan sekatan...aset2 yg x lngkap...cntoh m4 ni hnya basic shja xda aksesori..
ReplyDeleteDr pmerhatian sy la...mlaysia ni sprti dkenakan sekatan...aset2 yg x lngkap...cntoh m4 ni hnya basic shja xda aksesori..
ReplyDeleteentah la tuan, sama ada sekatan atau Malaysia rasa ckup dengan basic accesories and hanya pasukan2 khas diberi kelebihan mempunyai byk aksesori. td saya ke KLCC ada program, askar dan polis sedang berkawal sempena ASEAN SUMMIT di Kuala Lumpur, askar kite nmpk segak dengan body armor interceptor, sygnya sy x sempat tgkap gmbr sebab kejar event di area KL
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete